Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana
Just another WordPress.com weblog

Apr
01

Blog cikgu dah berpindah ke      http://perakaunansaujana.blogspot.com/

Kesulitan saudara saudari saya minta maaf dan assalamualaikum semua

 

Sila lawati laman perakaunan cikgu firdaus     http://perakaunansaujana.blogspot.com/

 

 

Mar
27

Tahniah semua…jangan lupa hantar borang permohonan sijil LCCI…Cikgu dah nak poskan ke Lembaga Peperiksaan…Segera

Pelajar 5PZ 2009

Mar
22

Assalamualaikum semua…

Cikgu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah diatas kejayaan anda semua…3 A+ , 10A, 4A-…3B+, 3B dan seorang yang paling disayangi..Alhamdulillah dapat jugak lulus….8E.. Semua sekali 24 orang pelajar cikgu , cikgu ucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi.

Semoga anda semua berjaya ke universiti.

Wassalam

Feb
01

Assalamualaikum…apabila cikgu baca komen , cikgu dapati ramai pelajar cuba mendapatkan sukatan pelajaran dan huraiaan sukatan pelajaran Prinsip akaun yang baru. Untuk pengetahuan anda cikgu ada link kan sukatan tersebut disebelah kanan blog cikgu. Anda hanya perlu klik dan tunggu. Cikgu link kan dengan scribd. Harap cuba sekali lagi..kemudian anda boleh lah download.

( Khas untuk pelajar TAHAP dan semua pelajar prinsip akaun yang melayari blog cikgu)

Wassalam

Jan
16

Sambungan daripada nota yang lepas.

1. Kenalpasti dokumen yang terlibat.

Dokumen sumber ialah dokumen yang digunakan sebagai rujukan untuk operasi merekod segala urusniaga di dalam perniagaan. Ia merupakan bukti sesuatu urusniaga telah berlaku.

i)   Invois

  • Ialah dokumen yang digunakan apabila berlaku urusniaga secara kredit( hutang) ,sama ada beli barang niaga atau jual barang niaga ataupun beli aset bukan semasa syarikat.
  • Belian ( beli barang niaga – dokumen sumber yang diperolehi adalah INVOIS – Asal( original) .

Sila klik untuk contoh Invois Asal dan cara merekod

  • Jualan ( Jual barang niaga- dokumen sumber yang diperolehi adalah INVOIS – Salinan( copy) .

Sila klik untuk contoh Invois Salinan dan cara merekod

  • Beli aset bukan semasa secara kredit ( INVOIS- asal)

Sila klik untuk contoh Invois Asal( Aset Bukan semasa) dan cara

merekod

Bersambung esok …………….bersama cikgu Firdaus