Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana
Just another WordPress.com weblog

Topik Akaun Kawalan ( Controlled Account) Bab 1 Tingkatan 5

Akaun Kawalan ( Controlled Account)

Di dalam Topik ini Para pelajar mestilah terdahulu memahami dan dapat menjawab soalan Dokumen sumber dengan baik…Kaitannya dengan topik akaun kawalan adalah:

i)  Tahu menyediakan Jurnal Khas ( Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Jurnal Pulangan Jualan)

Ini adalah kerana Jumlah Jualan ,belian , pulangan belian , dan pulangan jualan akan direkodkan dalam akaun    penghutang   dan pemiutang.

ii)   Tahu menyediakanBuku Tunai kerana segala Jualan dan Belian tunai yang wangnya telah diterima atau telah kita bayar haruslah direkodkan kedalam Buku Tunai. Maka ia juga akan melibatkan Akaun Penghutang dan Pemiutang( Pengurangan hutang daripada penghutang dan pengurangan hutang kepada pemiutang)

iii)  Tahu menyediakan Jurnal Am kerana segala urusan seperti pembatalan diskaun, angkutan yang dikenakan, serta catatan kontra haruslah dicatatkan kedalam jurnal Am.  Perkara perkara didalam jurnal Am inilah yang akan direkodkan ke dalam Akaun Kawalan ( Melibatkan Penghutang dan Pemiutang)

iv)  Pemahaman cara menyediakan akaun” T ” haruslah dikuasai oleh para pelajar. Kerana akaun kawalan disediakan dalam bentuk “T”.

Di dalam bab ini sedikit pengiraan diperlukan dan yang paling penting TAHU DAN KENALI  AKAUN PENGHUTANG DAN AKAUN PEMIUTANG( Apakah componen Komponen yang terdapat didalam akaun kawalan)

Kaedah P&P adalah dicadangkan memahami penyediakan soalan Dokumen dahulu dan pemahaman tentang JUALAN DAN BELIAN SECARA KREDIT.

Sila Rujuk Nota dan Latihan yang Cikgu Sediakan. Selamat Belajar dan Buatlah semua latihan yang disediakan.

No Responses to “Topik Akaun Kawalan ( Controlled Account) Bab 1 Tingkatan 5”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: